Page 93 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 93
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
C PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
1. Pengurusan panitia Mata Pelajaran (MP) mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas (SPI)
Bil 4 Tahun 1986.
2. Pengurusan panitia MP juga mestilah mematuhi Instrumen Pemantauan Panitia Mata
Pelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
3 Pengurusan panitia MP mesti dibuat berdasarkan semua perkara 3.1.2 dalam SKPMg2
mengenai Pengurusan Mata Pelajaran:
3.1.2.1: Pelaksanaan MP diurus secara professional & terancang
3.1.2.2: Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang
3.2.2.3: Program peningkatan pencapaian murid diurus secara professional dan terancang
3.1.2.4: Bantuan geran per kapita MP dimanfaatkan secara sistematik dan terancang
4. Kejayaan murid dalam MP, prestasi peperiksaan awam, motivasi dan bakat adalah
berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru dalam kelas. Oleh itu, panitia MP hen-
daklah berfungsi dan digunakan secara optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu,
berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaik kecekapan dan keberkesanan
pengajaran
5. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada Kitaran
Terdahulu (KT) / TOVdan Sasaran (S) / ETR dalam pengurusan prestasi MP dalam panitia.
6. Panitia MP mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
mengajar yang inovatif atau mencontohi amalan terbaik yang boleh mendorong serta meng-
gerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran.
7. Pengurusan panitia MP secara atas talian atau berasaskan web mestilah menjadi
keutamaan, maka laman web panitia mestilah diwujudkan dan sen tiasa dikemas kini supa-
ya sentiasa boleh dirujuk oleh pelanggan.
8. Semua mesyuarat panitia mesti diadakan mengikut Takwim Sekolah atau selewat-
lewatnya dua minggu selepas mesyuarat JK Kurikulum. Semua mesyuarat panitia dipengerusikan
oleh KP, diurusetiakan oleh setiausaha yang dilantik dan dihadiri oleh pentadbir. Semua minit
mesyuarat panitia mestilah disahkan oleh KP. Salinan minit hendaklah diedarkan kepada
pengetua melalui Setiausaha Sekolah selewat-lewatnya tujuh hari selepas tarikh mesyuarat bagi
menyelaraskan tindakan susulan. Edaran kepada ahli panitia boleh dibuat secara atas talian
9. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggarakan semua minit mesyuarat, laporan
taklimat dan tindakan susulan mesyuarat.
10. KP hendaklah menyelenggara fail-fail pengurusan panitia MP mematuhi prosdur
SKPMg2 dan Instrumen Pemantauan Panitia Mata Pelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
11. Fail-fail pengurusan panitia hendaklah ditempatkan berdasarkan arahan pihak pen-
gurusan sekolah.
93

