Page 94 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 94
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
D SUKATAN PELAJARAN (SP) atau DOKUMEN STANDARD (DSKP),HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
(HSP),RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) dan RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
1. SP/DSKP, HSP, RPT dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc).
2 Guru mestilah dapat menghayati, mengenal pasti dan boleh menterjemahkan
objektif MP yang tercatat dalam HSP / DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga proses
PdPc dalam kelas serta mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi MP yang diajar.
3 Salinan ketiga-tiga dokumen ini mestilah disahkan oleh Pengetua, dan dilampir-
kan bersama Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (RPP).
4 Penulisan RPH dalam RPP hendaklah mengikut format MP yang telah ditetapkan, me-
matuhi SPI Bil 3 Tahun 1999. Susunan kelas dalam RPH berdasarkan kelas tertinggi dan kedudukan
ditetapkan sepanjang minggu, berdasarkan Jadual Waktu Individu.
5 Semua guru mestilah menyediakan RPH berdasarkan RPT se belum
melaksanakan proses PdP di dalam kelas atau di premis-premis lain. Oleh itu RPP mestilah dise-
diakan dengan selengkapnya kecuali Refleksi (ditulis selepas PdP dilaksanakan) dan dibawa ber-
sama-sama semasa berada di dalam kelas.
6 Penggabungan isi kandungan sebilangan MP (Tingkatan: 1,2,3,4 dan 5: Unpack-
ing Curriculum) digalakkan bagi membolehkan sukatan dilengkapkan segera dan isi kandungan
boleh disusun semula oleh guru berkenaan.
7 Cadangan melengkapkan sukatan pelajaran seperti berikut:
Tingkatan 5 – dilengkapkan sebelum atau selewat-lewatnya pada M30 (06 Sept)
Tingkatan 4 – dilengkapkan pada M36 (29 Okt. 2021)
Tingkatan 3 – dilengkapkan pada M30 (o6 Sept. 2021)
Tingkatan 1 dan 2 – dilengkapkan pada M36 (29 Okt. 2021)
8 Pelaksanaan Penerapan Nilai Pendidikan Sivik bagi 5 MP berikut – BM, BI, Sejarah, Pen
didikan Islam & Pendidikan Moral MESTI dilakukan pada setiap minggu akhir setiap bulan di
semua kelas Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5 mengikut nilai sivik yang telah ditetapkan: (Rujuk Lampiran)
Kasih Sayang (Love)
Hormat menghormati (Mutual Respect)
Bertanggung- jawab (Responsibility)
Kegembiraan (Happiness)
9 Minggu Persekolahan penuh sebanyak 42 minggu dibahagikan kepada 38 minggu
untuk aktiviti PdPc—4 minggu untuk aktiviti Ujian Pengesanan / Peperiksaan
94

