Page 22 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 22
Panduan GURU DAN STAF SJKT LADANG EDINBURGH
1. ARAHAN AM
• Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua
guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
• Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan
kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
• Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai
satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
• Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang
• Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Matlamat
dan Falsafah SMKA, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan
dan Wawasan 2020.
• Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
ketika bertugas
• Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika belajar
di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
• Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
• Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.
• Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di
luar.
3. MASA TIBA DI SEKOLAH
• Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum 7.25 pagi.
• Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.15 pagi dan berada di tapak perhimpunan untuk mengendalikan
perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka.
• Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah setengah jam lewat daripada waktu persekolahan.
• Semua guru WAJIB merakam masa tiba ke sekolah dan masa balik.
4. PERHIMPUNAN SEKOLAH
• Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
• Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
• Guru-guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dan negeri serta membaca ikrar.
• Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku sepanjang hari ia bertugas
ke dalam buku laporan harian yang disediakan di pejabat sekolah.
5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS.
• Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali mendapat
kebenaran daripada Guru Besar.
• Guru yang mendapat arahan JPN/PPD/KEMENTERIAN/LEMBAGA PEPERIKSAAN dll. mesti memaklumkan kepada Guru
Besar terlebih dahulu.
• Guru dan staf sokongan juga dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Guru
Penolong Kanan. Fail/Buku disimpan di pejabat.
19 | P a g e

