Page 25 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 25

11.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.

               •  Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga ( 3 ) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli
                   keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung.  Pengiraan cuti termasuk hari
                   rehat dan kelepasan am.  Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


               11.8 Cuti Khas – Isteri bersalin

               •  Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya
                   termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada
                   kepentingan perkhidmatan.


               11.9 Cuti Tanpa Gaji

               •  Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

            12.  e-RPH  MENGAJAR:

            •  e-RPH adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan
               lengkap.
            •  Fail  ini hendaklah dishare kepada Guru Besar / Guru Penolong pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak .
            •  Semua guru perlu melengkapkan  semua maklumat yang ditetapkan iaitu: DSKP, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu
               Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama murid, Markah Ujian, TOV dan ETR murid  dan
               maklumat - maklumat lain di ruangan yang disediakan.
            •  Ketua Panitia akan menyemak rancangan pengajaran Harian dan Tahunan di dalam e-RPH.
            •  Format terkini KSSR / KSSR Semakan hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran
            •  Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam Buku Ganti yang terdapat di kelas tersebut.
            •  e-RPH adalah dokumen yang membantu dalam menyedia  dan  melaksanakan Keberhasilan.

            13.  WAKTU MENGAJAR
            •  Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
            •  Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah
               seperti berikut:

                       a.  kelas dalam keadaan teratur dan kondusif.
                       b.  bersih dan kemas.
                       c.  bilangan murid akur dengan kehadiran.
                       d.  Memaklumkan kepada Guru Besar / GPK / Guru Kelas ketidakakuran bilangan murid
                       e.  dengan kehadiran hari tersebut.
                       f.  Guru  hendaklah  menggunakan  masa  instruksional  di  dalam  kelas  untuk  menjalankan  pengajaran  dan
                          pembelajaran tanpa gangguan.


            14.  GURU GANTI

            •  Sila  rujuk  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  bil  3/1981  mengenai  Masa  Luang  (Free  Period).  Guru  -  guru  hendaklah
               mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan

            22 | P a g e
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30