Page 24 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 24

11.  CUTI

               11.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

               •  Mengikut  Surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  KP  (PP)  0046.SJ/A(30)  bertarikh  24  Disember  1993,  guru
                   berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh
                   Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu  tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
                   daripada tugas mengajar.


               11.2 Cuti Rehat Khas (CRK)

               •  Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sepuluh (10)
               •  hari setahun.
               •  Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
               •  yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi
               •  pendidikan.

               11.3 Cuti Sakit

               •  Guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan serta memohon kebenaran Guru Besar
                   atau Penolong Kanan Pentadbiran/PenolongKanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum.
               •  Sijil Cuti Sakit mesti diserahkan segera kepada Guru Besar  atau Penolong Kanan  apabila datang bertugas kembali.

               11.4 Cuti Kecemasan / Cuti  Rehat Khas

               •  Minta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengambil CRK.
               •  Memohon cuti melalui sistem e-HRMIS.
               •  Maklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran .
               •  Serahkan borang yang lengkap diisi  untuk kelulusan Guru Besar sekiranya Cuti Kecemasan.

               11.5 Cuti Ke Luar Negara


               •  Guru yang hendak bercuti ke luar negara semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan  mesti mengisi
               borang kebenaran berkenaan.Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu
               sebelum tarikh bercuti.



               11.6 Cuti Tanpa Rekod

               •  Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela,
                   menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan,
                   mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas perubatan.








            21 | P a g e
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29