Page 23 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 23
• Guru yang mendapat kebenaran daripada Guru Besar hendaklah merakamkan waktu keluar dan waktu kembali semula
ke sekolah.
• Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang ditinggalkan dan hendaklah
memaklumkan kepada Guru Besar /Guru Penolong Kanan.
• Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS
• Guru-guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan)
7. BUKU KEHADIRAN GURU
• Rakaman kehadiran guru/catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Guru Besar untuk membuat penilaian
Prestasi Tahunan.
• Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan Kelas Tambahan pada hari Sabtu juga dikehendaki merakam kehadiran.
• Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah.
Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin.
8. KEHADIRAN MESYUARAT/TAKLIMAT/PROGRAM RASMI SEKOLAH/KURSUS DALAMAN
• Guru wajib hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.
• Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dengan permohonan secara rasmi. Bukti tidak
dapat hadir hendaklah disertakan.
• Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak
berkenaan dan diambil tindakan.
• Guru yang bertugas hendaklah menulis/mencatat taklimat mingguan. Dapatan taklimat hendaklah diserahkan ke
pejabat pada hari akhir bertugas.
9. KEGIATAN KOKURIKULUM
• Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
dengan cekap.
• Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang
disediakan oleh GPK Ko-Kurikulum.
• Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan
tersebut.
• Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan dihantar
sebulan sekali kepada Guru Besar /GPK Kokurikulum untuk disahkan.
10. MELAKUKAN KERJA LUAR
• Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘ D ‘ seperti berikut :-
a. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
b. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
c. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
d. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.
• Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000
(Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
20 | P a g e

