Page 2 - 2 - pentadbiran awam
P. 2

Buku Pengurusan SMKSI  2021


                                          PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN STAF SMKSI


                    1. ARAHAN AM
                    1.  Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu
                      semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
                    2.  Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan
                      kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
                    3.  Guru  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesional  keguruan  dan  menjunjungnya  sebagai  satu  profesion  dan  bukan
                      sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
                    4.  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip – prinsip perkhidmatan cemerlang.
                    5.  Guru  hendaklah  mengamalkan  dan  menghayati  Moto,  Visi  ,  Misi,  Falsafah  Pendidikan,  Objektif,  Piagam  Pelanggan
                      Sekolah,  etika  kerja  ,  Wawasan  Pendidikan  Kebangsaan,  Wawasan  2020  dan  Pelan  Pembangunan  Pendidikan
                      Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
                    6.  Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
                      ketika bertugas.
                    7.  Semua  guru  dan  staf  sokongan  dikehendaki  bertanggungjawab  menjaga  dan  menjamin  keselamatan  murid  ketika
                      belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                    8.  Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
                      menjalankan tugas.

                    2.WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
                    1.  Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.
                    2.  Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi
                      di luar.

                    3.MASA TIBA DI SEKOLAH
                    1.  Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah selewat-lewatnya 05 minit lebih awal, iaitu 7.25 pagi sebelum
                      masa pertama dimulakan.
                    2.  Guru  bertugas  harian  dikehendaki  berada  di  sekolah  jam  7.15  pagi  dan  berada  di  tapak  perhimpunan  untuk
                      mengendalikan perhimpunan murid dan mengawal disiplin mereka.
                    3.  Semua guru WAJIB mengetip kad perakam waktu (punch card) semasa tiba ke sekolah dan semasa balik. Guru tidak
                      dibenarkan mengetip kad perakam waktu milik guru lain. Budaya INTEGRITI perkhidmatan perlu diamalkan.
                    4.  Kehadiran lewat dikira mulai jam 7.26 pagi.

                    4.PERHIMPUNAN SEKOLAH
                    4.1  Rasmi
                    4.2  Harian
                    1.  Semua  guru  dikehendaki  menghadiri  perhimpunan  sekolah  sama  ada  perhimpunan  rasmi  mahupun  perhimpunan
                      harian.
                    2.  Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
                    3.  Jam 7.15 pagi : semua murid berkumpul di Dewan Wawasan/ Dataran Ilmu.
                      Jam 7.25 pagi : perarakan masuk semua pentadbir dan guru dengan iringan muzik gamelan.
                    4.  Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan – Maju Dan Sejahtera,
                      Lagu Sekolah, Bacaan Ikrar dan Bacaan Doa.
                    5.  Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku sepanjang hari bertugas
                      di dalam buku laporan yang disediakan di pejabat sekolah.

                    5.MENINGGALKAN  KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS
                    1.  Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali mendapat
                      kebenaran daripada pengetua.
                    2.  Guru  –  guru  yang  mendapat  arahan  JPN/PPD/  KEMENTERIAN/  LEMBAGA  PEPERIKSAAN  dan  lain-lain  mesti
                      memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
                    3.  Guru dan staf sokongan juga dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar sama ada urusan rasmi atau peribadi dan
                      dapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan.Bagi urusan peribadi perlu dapatkan kebenaran Pengetua.
                    4.  Guru yang mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua hendaklah mengetip kad perakam waktu sewaktu keluar dan
                      waktu kembali semula ke sekolah.
                    5.  Sebelum  meninggalkan  sekolah  atas  urusan  rasmi,  guru  perlu  memaklumkan  kepada  JK  Guru  Ganti  untuk
                      mendapatkan guru ganti bagi kelas yang ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/ Guru Penolong
                      Kanan. Bahan SKTG (Sistem Kelas Tanpa Guru) perlu disediakan.
                    6.  Semua urusan peribadi guru HENDAKLAH dilakukan di luar waktu sekolah/ petang. Guru bertanggungjawab mencari
                      guru ganti bagi kelas yang ditinggalkan dengan mengisi Borang Pertukaran Waktu PdPc.





                                                             22
   1   2   3   4   5   6   7