Page 4 - 2 - pentadbiran awam
P. 4

Buku Pengurusan SMKSI  2021


                          Setelah mendapatkan kelulusan cuti daripada Pengetua, guru perlu mengisi borang permohonan cuti di pejabat
                          dan dalam aplikasi HRMIS. Sila tulis alasan cuti pada ruang catatan.

                       11.3 Cuti Sakit
                          Guru-guru  yang  tidak  dapat  hadir  bertugas  kerana  sakit  hendaklah  mendapatkan  kebenaran  terlebih  dahulu
                          daripada Pengetua dan Penolong- penolong Kanan mengikut tatacara berikut:
                          Menelefon  atau  menyampaikan  pesanan  dan  memaklumkan  kepada  JK  Guru  Ganti    setelah  mendapat
                          kebenaran.
                          Sijil  Perakuan  Doktor  mesti  diserahkan  SEGERA  kepada  Pengetua  atau  Penolong  Kanan  apabila  datang
                          bertugas kembali.

                       11.4 Cuti Kecemasan / Cuti Rehat (untuk AKP)
                          Untuk memohon cuti ini, sila baca surat Pekeliling KPM yang dilampirkan bersama.
                          Isi permohonan melalui Sistem HRMIS sebaik sahaja mendapat kelulusan / kembali ke sekolah.

                        11.5 Permohonan cuti Keluar Negara
                          Guru - guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti sekolah atau semasa cuti
                          penggal persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya  6 MINGGU
                          SEBELUM TARIKH BERCUTI.

                        11.6 Cuti Tanpa Rekod
                          Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah:
                          i.     Cuti latihan pasukan sukarela
                          ii.    Menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan
                          iii.   Latihan syarikat kerjasama
                          iv.    Menduduki peperiksaan ( Mesti ada surat kebenaran sambung belajar)
                          v.     Mesyuarat persatuan ikhtisas
                          vi.    Mengambil bahagian sukan
                          vii.   Tugas khas perubatan

                          11.6.1 Cuti Tanpa Rekod : KEMATIAN
                                Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa
                                          rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah :
                                 i.     Suami atau isteri
                                 ii.    Anak-anak
                                 iii.   Ibu dan bapa kandung
                                 iv.    Ibu dan bapa mentua
                                Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
                                          perkhidmatan

                          11.6.2 Cuti Tanpa Rekod : ISTERI BERSALIN
                                Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki.
                                 Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)
                                 kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

                        11.7 Cuti Tanpa Gaji
                          Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

                        11.8 Cuti Kuarantin (PP11/2016)
                          Diberi kemudahan untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit. Tempoh yang diluluskan maksimum
                          lima (5) hari.
                          Syarat anak dikuarantin :
                             i.   Bawah 18 tahun; dan
                             ii.   Bawah 21 tahun jika masih belajar.
                          Senarai Penyakit berjangkit :
                             i.   HFMD;
                             ii.   Demam Denggi  & Denggi berdarah;
                            iii.   Campak (Measles);
                            iv.   Chickenpox;
                             v.   Difteria; dan
                            vi.   Malaria
                          Tarikh berkuat kuasa : 1 Januari 2017




                                                             24
   1   2   3   4   5   6   7   8   9