Page 6 - 2 - pentadbiran awam
P. 6
Buku Pengurusan SMKSI 2021
15.BUKU LATIHAN / NOTA MURID / BUKU KERJA / BUKU REKOD KOKURIKULUM
1. Buku – buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti.
2. Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid.
3. Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.
4. Pengetua / Penolong kanan / Penolong kanan HEM / Penolong kanan Koku / Ketua-ketua bidang akan menyemak
buku-buku tersebut mengikut jadual (Jadual Pemeriksaan Buku Latihan).
16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN
1. Semua guru SMKSI adalah guru disiplin dan guru bimbingan. Semua guru hendaklah sentiasa memberi bimbingan
kepada murid dan mengamalkan budaya “ Sekolah Penyayang”. Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk
mengurus murid-murid.
2. Batas – batas pergaulan antara guru dengan murid hendaklah dijaga terutama yang melibatkan jantina yang
berlainan.
17. KESELAMATAN MURID
1. Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah.
2. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, guru bertugas diminta segera memaklumkan kepada Pengetua atau
Penolong-penolong kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan dan tindakan segera keselamatan murid
berkenaan.
3. Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
4. Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal.
18.PERHUBUNGAN SESAMA GURU, SESAMA STAF DAN ANTARA GURU DAN STAF
1. Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan
dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan harapan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
2. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan sesama rakan ataupun murid sekolah ini.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan
sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
19. BILIK GURU
1. Kebersihan , keceriaan dan keselamatan ‘Bilik Guru’ adalah tanggungjawab semua guru. Jadikan bilik guru sebagai
cerminan PAK-21 dan contoh kepada murid.
2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non – teaching
period’ dan bukannya ‘ free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk
perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
Sebarang aktiviti selain di atas seperti perniagaan berunsur peribadi, aplikasi permainan mudah alih dan aktiviti-aktiviti
yang melalaikan TIDAK DIBENARKAN.
3. Murid tidak digalakkan berada di bilik guru.
4. Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.
5. Sebarang pertemuan ( tetamu luar ) hendaklah diadakan di luar bilik guru / kantin.
6. Bilik Rehat Minda Guru dimanfaatkan sebaik mungkin.
20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang penjawatan bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu
Tadbir ( KPT ) atau Pengetua.
2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan mentor (SISC Sekolah), Ketua
Panitia (KP), Guru Kanan Mata Pelajaran , Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan
21.TUGAS
1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Tugas tersebut
mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. Tidak ada penggiliran bagi tugas-tugas
kokurikulum yang telah dipertanggungjawabkan.
2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan
Pelajaran atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua dan hadir sebelum atau tepat pada waktunya
kerana guru membawa imej sekolah.
3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan
kepada Pengetua dan 1 salinan perlu diserahkan kepada PKP setelah ditandatangani oleh Pengetua.
4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah
menjalankan ‘ In House Training’ kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan
masa pelaksanaannya.
26

