Page 7 - 2 - pentadbiran awam
P. 7
Buku Pengurusan SMKSI 2021
5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid dan mengisi Borang
Pelaksanaan SKTG dan dimasukkan ke dalam rak yang disediakan di bilik guru.
22.JADUAL WAKTU
1. Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
2. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
23. REKOD KEHADIRAN MURID
1. Semua Guru Tingkatan perlu mengisi kehadiran murid secara online dalam sistem APDM tiap-tiap hari sebelum waktu
kedua berakhir. Jika Guru Tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan bertanggungjawab untuk mengisi kehadiran
murid. ( Penyelaras Tingkatan perlu memastikan perkara ini terlaksana setiap hari)
2. Guru Tingkatan mestilah peka dengan status kehadiran murid.
3. Hubungi ibu bapa / penjaga murid melalui telefon atau SMS sekiranya murid didapati tidak hadir ke sekolah.
(Boleh menggunakan telefon pejabat )
4. Guru Tingkatan perlu mengesahkan Laporan Kehadiran Murid pada hari akhir setiap bulan.
5. Guru Tingkatan hendaklah menyimpan satu salinan Laporan Kehadiran Murid setiap bulan dengan merekodkan status
ketidakhadiran murid jika ada , sama ada ponteng atau bersebab.
6. Guru Tingkatan perlu menghantar satu salinan Laporan Kehadiran Murid setiap bulan yang ada status ketidakhadiran
kepada Penyelaras Tingkatan masing-masing
7. Guru Tingkatan mestilah menghantar surat amaran ponteng mengikut SOP yang telah ditetapkan
24. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid
yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah disampaikan ke
pengetahuan pihak sekolah.
2. Ketua Panitia / Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan
alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
3. Alat-alat dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Sesuatu alat yang
dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru kanan / guru yang bertanggungjawab dengan mengisi buku rekod
pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.
25. KEBERSIHAN
1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh
guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah
disimpan dengan rapi dan selamat.
2. Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel,
bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.
26. SURAT RASMI
1. Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui Pengetua.
27. SURAT YANG DITERIMA
1. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah
mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut dengan sentiasa merujuk ‘pigeon hole’ masing-masing pada
setiap hari.
2. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu
boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
3. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru
itu hendaklah :
i. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta fotostat
terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.
ii. Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang
tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup / iringan yang boleh didapati
di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup
dari sekolah walau pun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup hendaklah
disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.
28. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
1. Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan
peribadi semasa waktu persekolahan.
27

