Page 5 - 2 - pentadbiran awam
P. 5
Buku Pengurusan SMKSI 2021
11.9 Cuti Umrah
Berkuatkuasa mulai 01 Januari 2018.
Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang
beragama Islam dan bertaraf tetap.
Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari.
Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah
umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada
hari bekerja berikutnya.
Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh
memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan
persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai.
Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan
di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada
tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan.
Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan
Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan dalam
mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan ini.
12. FAIL REKOD MENGAJAR ( FRM )
1. FRM adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan
lengkap.
2. FRM hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan untuk disemak dan ditandatangani. ( rujuk
jadual )
3. Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu :
a. Sukatan pelajaran
b. Rancangan pengajaran
c. Jadual Waktu Kelas dan Persendirian
d. Senarai buku rujukan
e. Biodata diri
f. Senarai nama murid
g. Markah ujian dan Rekod PBD
h. TOV dan ETR murid
i. Maklumat- maklumat lain di ruangan yang disediakan.
4. Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran di dalam fail persediaan
mengajar.
5. Format terkini KBSM dan KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.
6. Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam fail persediaan mengajar perkara berikut:
Mata pelajaran yang diganti
Tingkatan
Masa
7. Fail Persediaan Mengajar adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan PBPPP dan
SKPMg2.
8. Jika seseorang guru bercuti, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan, untuk urusan guru
pengganti.
9. Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun persekolahan.
13. WAKTU MENGAJAR
1. Mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan dan melaksanakan PdPc sepertimana yang dikehendaki
dalam instrumen Standard 4 SKPMg2.
2. Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah seperti berikut:
Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif
Bersih dan kemas
Bilangan murid akur dengan kedatangan
Mencatat bilangan murid yang ada di dalam Buku Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah dan Kawalan Murid.
14.GURU GANTI
1. Sila lihat Pekeliling Kementerian Pelajaran mengenai Masa Luang ( Free Period ).Guru-guru hendaklah mematuhi
jadual guru ganti yang ditetapkan.
25

