Page 3 - 2 - pentadbiran awam
P. 3

Buku Pengurusan SMKSI  2021



                    6.PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS
                    1.  Guru-guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995

                    7.BUKU KEHADIRAN GURU
                    1.  Rakaman kehadiran guru/ catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat  ‘Prestasi
                      Tahunan’.
                    2.  Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga dikehendaki menandatangani buku
                      kehadiran kokurikulum / kelas tambahan.
                    3.  Guru  yang  tidak  dapat  hadir  atau  terpaksa  datang  lewat  hendaklah  memberi  kenyataan  dan  sebab-sebab  yang
                      munasabah. Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin.

                    8.KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN
                    1.  Guru wajib hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.
                    2.  Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan permohonan secara rasmi.  Bukti
                      tidak dapat hadir hendaklah disertakan.
                    3.  Pakaian  semasa  menghadiri  mesyuarat  hendaklah  pakaian  waktu  bekerja.  Kemeja  T,  seluar  trek,  selipar  tidak
                      dibenarkan.

                    9.KEGIATAN KOKURIKULUM
                    1.  Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap.
                    2.  Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di
                      pejabat sekolah.
                    3.  Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan tersebut.
                    4.  Buku  laporan  tersebut  hendaklah  dihantar  kepada  Penyelaras  (GKMP/SU  Koku/SU  Sukan)  setiap  minggu  untuk
                      disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / GPK Kokurikulum untuk disahkan.

                    10.MELAKUKAN KERJA LUAR
                    1.  Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar  kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut :-
                      Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
                      Tidak melakukan semasa waktu pejabat
                      Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
                      Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

                    2.  Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar
                      Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (e) dan subseksyen 132(g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM
                      50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

                    11.CUTI
                       11.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
                          Mengikut  Surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  KP  (PP)  0046.SJ/A(30)  bertarikh    24  Disember  1993,  guru
                          berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas
                          oleh  Pengetua  tidak  melebihi  sepertiga  daripada  jumlah  cuti  sesuatu  tahun  untuk  menjalankan  tugas-tugas
                          seharian daripada tugas mengajar.

                       11.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
                          Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sepuluh hari (10) hari dalam satu tahun
                          kalender seperti yang dinyatakan dalam  Perkara 5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017.
                          Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan
                          diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan.
                          Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan
                          tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.
                          Cuti Rehat Khas boleh bagi tujuan-tujuan berikut:
                          (a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
                          (b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
                          (c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
                          (d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
                          (e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
                          (f) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
                          (g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
                          (h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
                          (i) perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
                          Guru perlu mendapatkan kelulusan CRK daripada Pengetua terlebih dahulu dan memaklumkan kepada JK Guru
                          Ganti selepas diluluskan.




                                                             23
   1   2   3   4   5   6   7   8