Page 8 - 2 - pentadbiran awam
P. 8

Buku Pengurusan SMKSI  2021


                    29. PELAWAT
                    1.   Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Penjual / pengedar
                        tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Pengetua. Promosi atau mengiklan sesuatu barangan
                        di sekolah untuk murid adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pengetua. Guru-guru adalah dilarang menjadi
                        penjual atau pengedar buku-buku atau bahan berkaitan untuk murid. Hanya kedai buku sekolah sahaja mempunyai
                        kuasa untuk mengedar dan menjual buku-buku di sekolah.

                    30. MEMBELI BARANG
                    1.   Guru / staf yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan borang
                        pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk  ditandatangan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran /
                        Guru  Kanan  berkaitan  sebelum  diluluskan  oleh  Pengetua.  Guru-guru  /  staf  tidak  boleh  membuat  pesanan  sendiri
                        dengan sesuatu syarikat tanpa melalui guru kanan mata pelajaran. Guru-guru kanan mata pelajaran wajib mendapat
                        TIGA (3) sebutharga untuk membeli sesuatu barang atau membuat perolehan.
                    2.   Pembeli  barang  melalui  koperasi  hendaklah  menggunakan  borang  permohonan  yang  disediakan  dan  mendapat
                        kelulusan daripada pengetua.
                    3.   Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan ( Local Order/ LO)
                    4.   Segala  invois  mesti  ditandatangani  oleh  guru  yang  menerima,  rekodkan  No.  daftar  stok  dan  serahkan  dengan
                        SEGERA ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat
                        dan kemas.

                    31. BUKU STOK / INVENTORI
                    1.   Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam
                        buku  stok atau inventori adalah  tepat, lengkap  dan sentiasa dikemas  kini. ( Setiap  pembelian    dan keluar masuk
                        barang hendaklah direkodkan dengan serta merta ).
                    2.   Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa,
                        dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh GPK / Pengetua.

                    32. TANDA NAMA
                    1.   Semua guru hendaklah sentiasa memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar
                        sekolah.

                    33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG / KOPERASI
                    1.   Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
                    2.   Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru.
                    3.   Semua guru wajib menjadi anggota Koperasi Sekolah dengan modal pelaburan minimum RM30.00 dan maksimum
                        RM500.00.

                    34. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
                    1.   Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
                    2.   Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua – ketua Bahagian atau Penjaga Stok dan direkodkan.
                    3.   Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
                    4.   Alat  –  alat  yang  rosak  hendaklah  dilaporkan  setelah  selesai  digunakan  dalam  keadaan  baik  kepada  pihak
                        bertanggungjawab dengan serta merta.


                    35. ARAHAN DAN PEKELILING
                    1.   Setiap  arahan  dan  pekeliling  yang  dikeluarkan  oleh  Pengetua  hendaklah  dibaca  dengan  teliti  dan  dipatuhi  serta
                        ditandatangani selepas dibacanya.
                    2.   Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
                    3.   Guru boleh merujuk ‘Pekeliling Semasa’ dalam ‘desktop’ di PSS.

                    36. TELEFON
                    1.   Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan
                        telefon sendiri untuk urusan peribadi.
                    2.   Guru  dilarang  menggunakan  telefon  bimbit  semasa  PdP  di  dalam  bilik  darjah  dan  mesyuarat  rasmi  sekolah
                        kecuali kecemasan.

                    37. KUNCI
                    1.   Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman
                        di pejabat.
                    2.   Guru – guru yang hendak menyimpan kunci bilik – bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan
                        mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.






                                                             28
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13