Page 1 - DSKP PJPK TAHUN 2
P. 1
KSSR PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2
MATLAMAT UMUM OBJEKTIF UMUM
KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2
bermatlamat untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan, bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
berkemahiran dan mempunyai nilai serta sikap positif bagi
mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta 1. Menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
mengamalkan gaya hidup aktif ke arah kesejahteraan hidup. diperlukan untuk mengekalkan serta meningkatkan
perkembangan fizikal, kecergasan dan kesihatan diri.
2. Melakukan aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan
untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri.
3. Menguasai kecekapan pergerakan dalam pergerakan
asas, permainan, sukan, pergerakan berirama dan aktiviti
fizikal serta mengaplikasikan konsep pergerakan dan
strategi semasa melakukan aktiviti bagi mengekalkan
kecergasan dan kesihatan diri.
4. Memahami faktor-faktor penyumbang yang mendorong
kepada kehidupan aktif dan sihat sepanjang hayat.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi, menjalin hubungan
positif dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis
menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentuk jati
diri.
2

