Page 19 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 19
MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
• Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori
ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan
oleh PK / Pengetua.
32. TANDA NAMA
• Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau di luar sekolah.
33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
• Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
• Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan mematuhi perlembagaan kelab.
34. PENGGUNAAN ALATAN
• Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
• Guru/staf perlu mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian/Unit atau Penjaga
Stok dan perlu direkodkan.
• Alatan hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
dalam berkeadaan baik.
• Alatan yang rosak hendaklah dilaporkan dengan segera.
35. ARAHAN DAN PEKELILING
• Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan
teliti dan dipatuhi serta ditandatangan selepas membacanya.
• Sekiranya arahan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.
36. TELEFON
• Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan direkodkan dalam
buku yang disediakan. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon awam
untuk urusan peribadi.
• Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
37. KUNCI
• Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
• Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
20 | S A M T K U A L A K U B U B H A R U
#samtkkbbumitoyyibah

