Page 18 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 18
MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
• Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas /
tempat khas ( bengkel , bilik kaunseling, makmal dan lain-lain ) bertanggungjawab untuk
menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
• Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, kumpulan pelaksana
dan pelajar.
26. SURAT RASMI
• Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui
pengetua.
27. SURAT YANG DITERIMA
• Semua surat masuk yang telah diminitkan oleh Pengetua perlu diambil tindakan segera.
• Semua surat keluar hendaklah menggunakan kepala surat sekolah yang ditandatangani
oleh Pengetua.
• Sekiranya guru perlu menghantar sebarang maklumat kepada pihak-pihak berkaitan, maka
maklumat tersebut hendaklah ditaip dan menyerahkan ke pejabat. Pihak pejabat akan
menyediakan surat iringan yang ditandatangani oleh Pengetua.
28. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
• Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan
Daerah untuk urusan peribadi.
29. PELAWAT
• Semua pelawat, penjual dan pengedar WAJIB berjumpa dengan Pengetua / Penolong
Kanan terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru-guru. Promosi atau mengiklan
sesuatu barangan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran
pengetua.
30. PEMBELIAN
• Guru/staf perlu menyediakan kertas kerja sebelum membuat pembelian sesuatu barangan.
• Guru/staf yang hendak membeli barang daripada koperasi sekolah/syarikat-syarikat perlu
memohon kebenaran dengan mengemukakan nota minta yang terdapat di pejabat untuk
ditandatangan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan berkaitan sebelum
diluluskan oleh Pengetua.
• Pembelian barangan untuk melaksanakan aktiviti/program perlu disertakan dengan kertas
kerja dan nota minta.
31. BUKU STOK / INVENTORI
• Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan
serta merta ).
19 | S A M T K U A L A K U B U B H A R U
#samtkkbbumitoyyibah

