Page 16 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 16

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR



             19.  BILIK GURU


                   •   Kebersihan, keceriaan dan keselamatan ‘Bilik Guru’ adalah menjadi tanggungjawab semua
                       guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada pelajar.

                   •   Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
                       dianggap  ‘non-teaching  period’  dan  bukannya  ‘free  period’.  Oleh  itu  guru  hendaklah
                       menggunakan  masa  tersebut  di  bilik  guru  untuk  perkara-perkara  berkaitan  dengan
                       pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang
                       aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.


                   •   Pelajar tidak digalakkan berada di bilik guru.

                   •   Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.

                   •   Sebarang pertemuan ( tetamu luar ) hendaklah diadakan di luar bilik guru / kantin.


             20.  PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

                   •   Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan
                       dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
                   •   Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan
                       Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan dan
                       Pengetua.


             21.  TUGAS

                   •   Guru  akan  diberi  tugas-tugas  berbentuk  kurikulum,  kokurikulum,  hal  ehwal  murid  dan
                       pentadbiran.  Tugas  tersebut  mesti  dilaksanakan  dengan  dedikasi,  cekap  dan
                       bertanggungjawab.

                   •   Guru hendaklah melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat,
                       pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah lain dengan penuh tanggungjawab. Guru
                       yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan
                       Pengetua.
                   •   Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
                       hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh
                       diperoleh di Pejabat Sekolah.

                   •   Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik
                       ke sekolah hendaklah menjalankan “ Kursus Dalaman “ kepada guru dan dimaklumkan
                       kepada Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya.

                   •   Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk
                       pelajar dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Penolong Kanan.







                                                                  17 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21