Page 17 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 17

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR



             22.  JADUAL WAKTU

                   •   Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

                   •   Guru Kelas dan Guru Bilik Khas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
                       dipamerkan di dalam kelas / bilik khas masing-masing.


             23.  JADUAL KEDATANGAN PELAJAR


                   •   Setiap Guru Kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Pelajar. Buku ini amat penting
                       kepada pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang atau tidak melengkapkan
                       dengan sempurna. Buku ini mesti disimpan di pejabat sekolah pada setiap masa.
                   •   Guru  Kelas  hendaklah  mengisi  maklumat-maklumat  yang  diperlukan  dan  hendaklah
                       memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian
                       dalam kulit hadapan.

                   •   Buku Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam sahaja
                       atau biru sahaja, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Kelas pada waktu pertama.
                       Jika Guru Kelas tidak hadir, Buku Kedatangan Pelajar hendaklah diisi oleh Guru Kelas 2
                       atau Penyelaras Tingkatan.
                   •   Guru Kelas tidak boleh mewakilkan pelajar untuk menanda Buku Kedatangan Pelajar.

                   •   Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama 10 hari dalam satu
                       bulan, ibu bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.

                   •   Analisis mesti  dibuat pada setiap  akhir bulan dan  akan disemak oleh  Guru Penyelaras
                       Tingkatan.



             24.  KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
                   •   Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
                       harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan
                       sengaja atau tidak sengaja hendaklah disampaikan ke pengetahuan pihak sekolah.
                   •   Ketua  Panitia  /  Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  hendaklah  memastikan  ada  peraturan  –
                       peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan
                       lain-lain.

                   •   Alat-alat  dan  harta  sekolah  adalah  harta  kerajaan.  Penggunaan  untuk  peribadi  adalah
                       dilarang. Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru kanan / guru
                       yang bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah
                       dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.

             25.  KEBERSIHAN

                   •   Setiap  guru  bertanggungjawab  menjaga  kebersihan  sekolah.  Jadual  giliran  bertugas
                       pelajar  hendaklah  disediakan  oleh  guru  kelas  untuk  kelas  masing-masing.  Alatan  yang
                       digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.




                                                                  18 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22