Page 14 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 14

MANUAL

                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR





                   11.8     Cuti Khas – Isteri Bersalin

                            •   Diberikan  selama  tujuh  (7)  hari  sebagai  cuti  tanpa  rekod  kepada  anggota
                                perkhidmatan  awam  lelaki.  Pengiraannya  termasuk  semua  hari  rehat  dan
                                kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada
                                kepentingan perkhidmatan.

                   11.9     Cuti Tanpa Gaji

                            •   Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

             12.  BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

                   •   Buku  persediaan  mengajar  ialah  dokumen  rasmi  dan  harta  kerajaan.  Semua  butiran
                       hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.

                   •   Fail / Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan
                       Mata Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangan.
                       (rujuk jadual).

                   •   Semua  guru  perlu  melengkapkan  semua  maklumat  yang  ditetapkan  iaitu  :  Sukatan
                       Pelajaran, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas Dan Persendirian, Senarai Buku
                       Rujukan, Biodata  Diri,  Senarai  Nama  Pelajar, Markah  Ujian,  TOV dan ETR  Pelajar  dan
                       maklumat-maklumat lain di ruangan yang disediakan.
                   •   Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran
                       di dalam buku persediaan mengajar.
                   •   Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.

                   •   Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam buku persediaan
                       mengajar perkara berikut :
                       1.    Mata pelajaran yang diganti
                       2.    Tingkatan
                       3.    Masa
                   •   Buku  Persediaan  Mengajar  ialah  dokumen  yang  membantu  dalam  menyedia  dan
                       melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
                   •   Jika seseorang guru bercuti, fail / buku tersebut hendaklah diserahkan kepada  Penolong
                       Kanan, untuk urusan guru pengganti.
                   •   Fail / Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir
                       tahun persekolahan.

             13.  WAKTU MENGAJAR

                   •   Memastikan kehadiran dan disiplin pelajar di dalam kelas.
                   •   Melengkapkan Buku Kawalan Kelas (BKK).
                   •   Memastikan kelas teratur, bersih dan kondusif.
                   •   Mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam borang kawalan kelas.



                                                                  15 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19