Page 15 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 15

MANUAL
                                      PENGURUSAN SEKOLAH 2020

                                       SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
                                       JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR




             14.  GURU GANTI (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)

                   •   Sila lihat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Masa Luang (Free Period).
                       Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan.


             15.  BUKU LATIHAN / NOTA PELAJAR / BUKU KERJA / BUKU REKOD KOKURIKULUM
                   •   Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti.
                   •   Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada pelajar.
                   •   Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.
                   •   Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru
                       Kanan Mata Pelajaran akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.

             16.  GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001)

                   •   Semua guru SAMT Kuala Kubu Bharu adalah guru disiplin dan guru bimbingan. Guru-guru
                       hendaklah  sentiasa  memberi  bimbingan  kepada  pelajar  dan  mengamalkan  budaya    “
                       Sekolah Penyayang “. Buku Peraturan Sekolah dan Diari Pelajar menjadi panduan untuk
                       mengurus pelajar-pelajar.


             17.  KESELAMATAN PELAJAR

                   •   Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar sepanjang waktu berada di
                       dalam kawasan sekolah.

                   •   Jika  berlaku  kemalangan  atau kecederaan guru  diminta  segera  memaklumkan  kepada
                       pengetua  atau  penolong-penolong  kanan,  ibu  bapa  atau  penjaga  kepada  pelajar
                       berkenaan mesti dimaklumkan segera.
                   •   Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi
                   •   Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal.

             18.  PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN KUMPULAN PELAKSANA


                   •   Guru dan Kumpulan pelaksana sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional
                       yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengamal tutur kata, dengan harapan
                       akan mewujudkan perasaan kekitaan.

                   •   Guru  dan  Kumpulan  pelaksana  tidak  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa
                       pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah ini.

                   •   Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
                       ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

                   •   Guru  dan  kumpulan  pelaksana  WAJIB  menjadi  ahli  badan  kebajikan  dan  mematuhi
                       perlembagaan badan kebajikan tersebut.






                                                                  16 | S A M T   K U A L A   K U B U   B H A R U

               #samtkkbbumitoyyibah
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20