Page 132 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 132

2.3    Kecuali sesuatu keadaan yang tidak dapat dielakkan, mendaftar kehadiran staf lain atau menukar masa
                              pada komputer kedatangan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan yang bleh diambil tindakan.

                       2.4    Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-
                              sebab yang munasabah. Guru mesti memaklumkan kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan dan pihak
                              sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
                       2.5    Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.


               3.      KELUAR WAKTU MENGAJAR

                       3.1    Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada
                              sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah
                              dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.
                       3.2    Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan
                              tandatangan Pengetua/GPK sebelum keluar.

                       3.3    Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru
                              Penolong Kanan. Buku Persediaan mengajar hendaklah diserahkan bersama.

                       3.4    Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan.


               4.      CUTI
                       4.1    Cuti Rehat Khas

                              Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2005, guru diberi Cuti Rehat Khas sebanyak
                              Tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa
                              ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Cuti Rehat bagi
                              pegawai yang layak.

                              Permohonan cuti rehat khas hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum bercuti. Cuti rehat
                              khas hendaklah diambil mengikut maksud yang dinyatakan. Cuti rehat yang diambil selepas cuti am / hari
                              kelepasan hendaklah berasaskan kes-kes kecemasan. Pengetua berhak menangguhkan cuti rehat khas
                              guru atas kepentingan perkhidmatan.


                       4.2    Cuti Sakit

                              (i)    Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari

                                     berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
                              (ii)   Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi tempoh 14 hari dalam setahun.
                              (iii)   Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan
                                     ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.
                       4.3    Cuti Tanpa Gaji
                              (i)    Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian
                                     yang mustahak.
                              (ii)   Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis cuti rehatnya.

                              (iv)   Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
                                     melebihi 180 hari.



                      BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           130
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137