Page 94 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 94
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
Tugas-tugas Guru Media
1. Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber.
2. Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
3. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS.
4. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu belajar mengikut mata
pelajaran.
5. Membuat pesanan keperluan PSS melalui Pengetua.
6. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatat bilangan
penggunaan PSS setiap kali dibuka.
7. Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu
mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
8. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS
daripada kecurian dan kehilangan.
9. Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.
10. Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun.
11. Menubuhkan kelab PSS.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Pengetua dari masa
ke semasa.
Guru Bahan Membantu Mengajar BBM/APD/K(Komputer)
1. Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan
software/hardware sentiasa dalam beredaan baik.
2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakkan
atau kehilangan.
3. Mengemas,menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut
sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K.
5. Mengurus penggunaan BB/APD/K.
6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
7. Memastikan keselamatan BBM/APD/K
8. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat
BBM/APD/K.
9. Mengalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan
direkodkan dengan kemas.
10. Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.
H. GURU JADUAL WAKTU
1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2. Menyediakan peruntukkan waktu mengajar mengikut mata pelajaran
3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadua waktu
anjal atau jadual waktu blok.
7. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada
waktu tertentu.
94

