Page 96 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 96
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
K. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Mengadakan rundingcara dengan pelajar-pelajar yang mengalami
masalah peribadi dan merekodkan butir-butir rundingan itu dengan
penuh rahsia.
2. Mendapatkan rekod-rekod pelajar yang cacat, terlalu mundur atau yang
kurang bernasib baik.
3. Mengadakan penyiasatan latar belakang pelajar-pelajar dengan
menemui penjaga sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang bermasalah.
Hasil penyiasatannya hendaklah direkodkan dan dirahsiakan.Tindakan
sewajarnya diambil selepas penyiasatan rapi dijalankan.
4. Membimbing pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.
5. Membimbing peajar-pelajar memilih matapelajaran dalam peperiksaan
jika perlu.
6. Membimbing pelajar-pelajar mengembangkan bakatnya dalam bidang
tertentu mengikut minat dan kebolehan.
7. Mengumpulkan dan menyampaikan maklumat-maklumat kepada
pelajar-pelajar berhubung dengan bimbingan dan kerjaya.
8. Membimbing pelajar-pelajar memilih kerja, cara memohon, cara
mendapatkan dan mengisi borang dan member panduan cara-cara
menghadapi temuduga.
9. Menyelia rombongan dan mengurus ceramah-ceramah kerjaya.
10. Menghadiri kursus-kursus, bengkel dan seminar apabila dikehendaki
dan melaksanakan apa yang dipelajari.
11. Mengendalikan Kelab Kerjaya dan menentukan ia bergerak dengan aktif
termasuk mengadakan pertandingan-pertandingan poster dan
pameran-pameran.
96

