Page 97 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 97

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                              L.     GURU KANTIN SEKOLAH

                                     1.     Memastikan  pengusaha  kantin  mematuhi  peraturan  dan  pekeliling
                                            Kementeriaan Pendidikan/Kesihatan.
                                     2.     Memastikan  jenis-jenis  makanan  dan  minuman  yang  dijual  mengikut
                                            syarat perjanjian.
                                     3.     Memastikan  mutu  makanan  dan  harga  jualan  berpatutan  mengikut
                                            syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
                                     4.     Memastikan tidak ada makanan yang mempunyai bahan yang tidak halal
                                            seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang
                                            campuran  dalam mee dan sebagainya.
                                     5.     Memastikan  penyediaan  dan  peralatan  yang  digunakan  bersih  dan
                                            selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
                                     6.     Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan
                                            ceria.
                                     7.     Memastikan  semua  pekerja  kantin  telah  menjalani  pemeriksaan
                                            kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
                                     8.     Memastikan  pihak  berkuasa  kantin  berada  di  permis  supaya  mudah
                                            dihubungi.
                                     9.     Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai
                                            apron  tutup  kepala  yang  bersih  dan  kemas  mengikut  pekeliling
                                            Kementerian Kesihatan.
                                     10.    Memastikan  semua  makanan  ditutup  dengan  tudug  saji/  kain  maslin
                                            atau disimpan dalam bekas yang ditutup.
                                     11.    Memaklumkan keada piha pengusaha tentang hari-hari
                                            persekolahan.
                                     12.    Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukui.
                                     13.    Memastikan  pelajar  dan  guru  mempunyai  tempat  duduk  yang
                                            mencukup, selamat dan sesuai.
                                     14.    Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
                                     15.    Menyampaikan  laporan  bulanan  kepada  Pengetua/  Penolong  Kanan
                                            HEM tentang prestasi kantin.
                                     16.    Mengadakan  mesyuarat  jawatankuasa  kantin  3  kali  setahun  dan
                                            perbincangan dari semasa ke semasa.
                                     17.    Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
                                     18.    Menjadi penasihat  warden kantin (sekolah berasrama sahaja)
                                            18.1   Merancang dan menyelaras tugas Warden Kantin
                                            18.2   Meneliti laporan Warden Kantin
                                            18.3   Mengambil  tindakan  ke  atas  kes-kes  yang  dilaporkan  oleh
                                                   Warden Kantin






















                                                                                                          97
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102