Page 100 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 100

rangsangan lain yang mengganggu penumpuan. Kesan daripada
               tumpuan penuh ketika  pengajaran  guru,  saya  bukan sahaja

               mudah  memahami, menguasai dan mengingati sesuatu  tema
               atau topik bahkan guru berasakan bahawa pengajarannya tidak
               diremehkan oleh murid.  Tidak melakukan perkara  yang  tiada
               kaitan seperti membuka laman sesawang YouTube pada paparan

               lain,  melayari laman  sosial, bermain  permainan  digital,
               bersembang   atau   bergosip  dengan rakan-rakan di  aplikasi
               Whatsapp  dan  Telegram  merupakan  antara usaha saya dalam

               menumpukan  perhatian  ketika pengajaran  guru  terutamanya
               ketika  proses pengajaran  dan pembelajaran dalam  talian
               sepanjang  fasa penularan  pandemik Covid-19.  Ibnu Majah

               seorang  ulama Islam  terkenal pernah  menggesa  murid
               memberikan sepenuh perhatian kepada guru dalam usaha meraih
               ilmu pengetahuan dengan duduk di hadapan guru secara sopan,

               tenang dan  khusyuk,  serta  memandang kepada  guru  dengan
               penuh tumpuan.  Tegasnya, bagi menunjukkan rasa hormat
               terhadap guru adalah penting bagi saya menumpukan sepenuh

               perhatian ketika pengajaran guru.

                       Selain itu, rasa hormat terhadap guru saya tonjolkan melalui
               sikap  saya  yang sentiasa  beradab  apabila berhadapan dengan
               mereka.  Perkara  ini  merujuk kepada makna kebaikan  akhlak,

               sikap, sifat dan perilaku saya apabila berhubungan dengan guru.
               Impaknya  saya  bukan sahaja  dapat  mendisiplinkan diri dengan

               mengawal semua aspek tingkah laku yang berasaskan nilai, etika,
               moral, budi bicara,  budi pekerti, kesopanan dan kehalusan
               bahkan  akan memudahkan  pemahaman saya  memahami ilmu
               pengetahuan.  Sebagai contoh  beradab apabila berhadapan

               dengan mereka  ialah saya  akan  mengaktifkan kamera  video
               pada  alat peranti, menetapkan mod  senyap  mikrofon supaya
               dapat mendengar  penerangan  guru dengan jelas dan menutup

               sebarang bunyi latar yang  boleh menganggu kelancaran kelas,
               dan  memberikan respons yang sewajarnya  sepanjang  proses
               pengajaran  dan pembelajaran dalam  talian.  Seorang sarjana

               Islam ada menyatakan bahawa murid tidak akan mampu memiliki
               ilmu  dan mengambil manfaat  daripada  ilmunya,  melainkan
               dengan cara  beradab dengan  ilmu dan  beradab dengan


                                                          100
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105