Page 97 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 97

Selanjutnya, tanggungjawab menjadikan negara ini sebuah
               negara  maju dengan  amalan  kebersihan  menjadi  satu budaya

               atau cara hidup tentu sahaja terletak pada bahu pihak kerajaan.
               Pihak kerajaan  seyogianya  meningkatkan  penguatkuasaan dan
               pemantauan  agar  lebih efisyen.  Menerusi  langkah ini,  pihak
               kerajaan  dapat mendidik  masyarakat untuk  bersama-sama

               bertanggungjawab terhadap aspek  kebersihan  persekitaran.
               Sebagai misalnya, pihak kerajaan memperkasa penguatkuasaan
               dengan menambah baik  akta,  peraturan,  garis  panduan  dan

               prosedur pengendalian  standard sedia  ada agar  lebih jelas,
               menyeluruh          dan       berkesan,        meningkatkan            keberkesanan
               penguatkuasaan  dengan mengkaji semula  kadar  denda dan

               hukuman,  serta meningkatkan  kecekapan penguatkuasaan
               dengan memastikan  bilangan pegawai  penguatkuasa  pada
               tahap yang optimum.  Tun Dr  Mahathir  pernah menegaskan

               bahawa  kebersihan merupakan salah satu  aspek  penting  untuk
               mencapai  taraf negara  maju. Sesungguhnya  pihak kerajaan
               bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

               bersih.

                       Sebagai  konklusinya, semua  pihak bertanggungjawab
               menjaga  kebersihan  terutamanya  di kawasan  kediaman dan
               persekitaran  sebagai mana yang  dihuraikan  di atas.   Saya

               mencadangkan  pihak  sekolah  mempelbagaikan strategi  bagi
               melahirkan generasi  yang  peka  kebersihan.  Selain itu,  agensi

               kerajaan, NGO dan pihak swasta disyorkan meningkatkan jalinan
               kerjasama  dalam menangani isu  kebersihan.  Dengan demikian
               hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan
               dan sejahtera  melalui pembudayaan  amalan  kebersihan  diri,

               keluarga, komuniti dan masyarakat dapat direalisasikan. Akhir kata
               bahawa sampah adalah nilai yang terbuang tetapi masih ternilai,
               dan sesetengahnya tidak  ternilai harganya  bagi penilai  yang

               mampu menilai.

                                                                           (711 patah perkataan)







                                                           97
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102