Page 99 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 99

Perkataan  guru  berasal daripada bahasa Sanskrit  yang
               membawa maksud pengajar, pendidik, pengasuh dan mudarris.

               Umumnya,           guru       merupakan           golongan         yang        bertugas
               menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni
               kepada individu atau kumpulan tertentu.  Secara khususnya pula,
               guru merupakan satu profesion kerana mereka yang bergelar guru

               perlu  menjalani latihan  khusus berkaitan  ilmu  dan kemahiran
               tertentu berdasarkan pandangan profesion perguruan itu sendiri.
               Kebelakangan             ini,     perihal       adab,        penghargaan             dan

               penghormatan yang  rendah oleh murid  terhadap  guru
               menghantui  masyarakat.  Kata orang  berburu  ke  padang  datar,
               dapat  rusa belang  kaki,  berguru  kepalang  ajar, ibarat bunga

               kembang  tak  jadi. Oleh itu,  terdapat  pelbagai cara yang  saya
               lakukan untuk menzahirkan rasa hormat saya terhadap guru.

                       Cara yang paling mudah bagi saya untuk menunjukkan rasa

               hormat kepada guru adalah dengan melafazkan ucapan salam.
               Ucapan salam dapat dijelaskan sebagai ungkapan dalam bentuk
               doa  pengharapan agar  penerimanya  sentiasa  sejahtera dan

               selamat daripada segala macam kedukaan. Saya percaya kesan
               daripada ucapan salam itu bukan sahaja dapat menyenangkan
               hati guru,  tetapi  dapat  mencambahkan perasaan  kasih  sayang
               antara kami. Sebagai contohnya, saya akan mengucapkan salam

               tatkala berjumpa guru tidak kira di dalam kawasan sekolah seperti
               di kantin, pusat sumber dan makmal sains atau ketika terserempak

               dengan guru  di luar  kawasan sekolah.  Nabi Muhammad  SAW
               sangat menekankan penyebaran  pengucapan salam  sesama
               Muslim dan baginda menyebutnya sebagai perbuatan baik yang
               paling  utama  antara  perbuatan  baik yang  patut dikerjakan.

               Tegasnya, ucapan salam merupakan cara saya menunjukkan rasa
               hormat kepada guru.

                       Seterusnya,  bagi menunjukkan rasa  hormat terhadap  guru

               adalah penting bagi saya menumpukan sepenuh perhatian ketika
               pengajaran guru.  Perkara ini  merujuk  kepada  tumpuan  aktiviti
               mental yang ada  kaitan dengan mengkategori, membentuk

               konsep,  menyelesaikan  masalah dan membuat keputusan
               diberikan        perhatian         sepenuhnya           dengan         mengabaikan



                                                           99
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104