Page 18 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 18
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi sebanyak
RM15,223 (2%) serta Kumpulan Wang Pembangunan Koperasi
sebanyak RM7,612 (1%) dengan jumlah keseluruhan
RM114,175. Ini menjadikan baki keuntungan selepas
Pembahagian Berkanun adalah RM646,992.
5.11. Daripada RM646,992, Anggota Lembaga telah mencadangkan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 adalah 5.0% bersamaan dengan RM571,739.
(bukan 5.5% seperti tercatat di dalam Buku Laporan),
pembahagian Tabung Persaraan Pekerja RM20,000 dan
bayaran Honorarium Anggota Lembaga RM40,000. Jumlah
keseluruhan penolakan Cadangan Pembahagian adalah
RM631,739 dan ini menjadikan baki keuntungan sebanyak
RM15,253.
5.12. Bendahari mengingatkan anggota bahawa cadangan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 iaitu 5.0% bersamaan dengan RM571,739 dan
bayaran Honorarium Anggota Lembaga sebanyak RM40,000 ini
walau bagaimana pun ianya adalah tertakluk kepada kelulusan
daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke atas
cadangan yang dimohon.
5.13. Bendahari seterusnya meminta semua anggota merujuk
kepada laporan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31
Disember 2020 di Muka Surat 65 hingga Muka Surat 66 Buku
Laporan Tahunan 2020. Beliau melaporkan bahawa setakat 31
Disember 2020, jumlah Aset adalah RM28,005,262, jumlah
Ekuiti adalah RM19,317,814 dan jumlah Liabiliti adalah
RM8,823,760. Jumlah Ekuiti dan Liabiliti setelah dicampur
adalah RM28,005,262.
5.14. Pengerusi Mesyuarat memohon sekiranya ada soalan daripada
anggota ke atas laporan kewangan yang dibentangkan oleh
Bendahari dan sekiranya tiada beliau memohon anggota
mencadangkan ianya diterima dan diluluskan.
5.15. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub mencadangkan Laporan
Juruaudit Luar 2020 (Tetuan Ismawadee & Co), Laporan
Berkanun Anggota 2020, Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020 Dan Subsidiari Atau Subsidiari-
Subsidiarinya, Cadangan Pembahagian Keuntungan, cadangan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 iaitu 5.0% bersamaan dengan RM571,739 dan
Laporan Tahunan 2021 16

