Page 51 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 51

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)

                          6.3.   Jawatankuasa  Audit  Dalaman  menasihati  agar  pihak  koperasi  mengemaskini
                                dokumen dengan sistematik dan teratur untuk mengelakkan berlaku kesukaran
                                pada masa akan datang.

                          6.4.   Jawatankuasa Audit Dalaman mencadang supaya Anggota Lembaga melakukan
                                lawatan  sekurang-kurangnya  sekali  setahun  ke  projek-projek  yang  KOJUTA
                                laksanakan  dan  lawatan  hendaklah  direkodkan.  Anggota  Lembaga  harus
                                mengambil maklum akan masalah semasa yang pengurusan hadapi.

                     7.0.  PANDANGAN
                           7.1.  Kami juga melaporkan bahawa pada pandangan kami;

                                7.1.1.  Rekod-rekod kewangan dan rekod lain mengikut kehendak Seksyen 58
                                        Akta telah disimpan dengan baik.

                                7.1.2.  Penerimaan,  perbelanjaan,  pelaburan  wang  dan  perolehan  oleh
                                        Koperasi bagi tempoh 01/01/2021 hingga 31/12/2021 adalah menurut
                                        Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-
                                        undang Kecil Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA).

                                7.1.3.  Setakat pengetahuan kami berserta dengan bukti-bukti yang diberikan,
                                        Penyata  Kewangan  bersama  nota-nota  yang  disertakan  bersama
                                        memberikan  gambaran  yang  saksama  tentang  transaksi-transaksi
                                        kewangan,  kedudukan  hal  ehwal  Koperasi  Jurukur  Tanah  Berlesen
                                        Berhad (KOJUTA) dan hasil kendalianya bagi tempoh 01/01/2021 hingga
                                        31/12/2021.

                                7.1.4.  Maklumat dan penerangan yang diperolehi daripada Anggota Lembaga
                                        terhadap  isu  berbangkit  bagi  item-item  di  dalam Penyata  Kewangan
                                        KOJUTA  amat  membantu  pihak  kami  dalam  penyediakan  Laporan
                                        Jawatankuasa Audit Dalam mengenai Akaun-akaun Teraudit Bagi Tahun
                                        Kewangan Berakhir 31 Disember 2021.

                     8.0.   PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

                            Kami, Jawatankuasa Audit Dalaman merakamkan setinggi penghargaan dan terima
                            kasih kepada Pengerusi, Anggota Lembaga, Pengurus, Eksekutif Kanan dan semua
                            warga  kerja  Koperasi  ini  yang  telah  memberikan  kerjasama  sepanjang  tempoh
                            pemeriksaan dan pengauditan dijalankan.




                                (Sr HAJI NIK AFINDE BIN NIK YAAKUB)     (CHOY KWOK MING)



                                                 (Sr ZUL MAJID BIN MOKHTAR BAZIN)
                                                                                                     8
                  Laporan Tahunan 2021                                                              49
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56