Page 49 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 49
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Geran Pelancaran Koperasi dan mewujudkan Skim Mikro
Kredit sebanyak RM10juta dari pihak Lembaga Jurukur
Tanah Malaysia (LJT) pada tahun 2005.
5.3.1.2. Berdasarkan kelulusan permohonan tersebut, RM1juta
telah diperuntukkan bagi tujuan perbelanjaan operasi
koperasi manakala selebihnya adalah bagi pelaksanaan
Skim Mikro Kredit yang perlu disalurkan secara pinjaman
kepada anggota-anggota KOJUTA yang ingin menubuhkan
syarikat juruukur sendiri.
5.3.1.3. Kami ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci
berhubung status terkini Geran Pelaksanaan Skim Kredit
Mikro. Ini kerana kami mendapati Geran tersebut masih
berbaki tetapi baki di Simpanan Tetap dan akaun bank
KOJUTA adalah tidak sejajar dengan jumlah geran yang
masih belum dilunaskan.
5.3.2. Cadangan
5.3.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan agar
maklumat terperinci berhubung status Geran Pelaksanaan
Skim Kredit Mikro tersebut dapat disediakan dengan lebih
terperinci bagi mengenal pasti amaun terkini yang masih
berbaki.
5.4. Laporan Lawatan ke Projek Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak
5.4.1. Penemuan
5.4.1.1. Didapati kebersihan reban tidak berapa memuaskan
5.4.2. Cadangan
5.4.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman turut mengadakan lawatan
ke tapak Projek Pertenakan Ayam Perdaging kojuta di
Batang Kali, Selangor. Pada dasarnya Jawatankuasa Audit
Dalaman berpuas hati dengan operasi yang di laksanakan.
Walau bagaimana pun, pihak pengurusan dan kakitangan
reban perlu lebih menjaga kebersihan terutama kawasan
prasarana reban agar kelihatan lebih kemas. Rumput perlu
lebih kerap dipotong dan pekerja perlu dihalang dari
membuang sisa makanan dalam parit.
5.4.3. Penemuan
5.4.3.1. Didapati tiada sebarang laporan / Borang Lawatan yang
disediakan bagi disempurnakan oleh Lembaga Pengarah dan
6
Laporan Tahunan 2021 47

