Page 50 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 50
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Pengurusan semasa membuat lawatan kerja ke Projek
Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak di Batang Kali,
Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.
5.4.4. Cadangan
5.4.4.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan satu laporan
disediakan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan yang
melakukan lawatan kerja ke Projek Penternakan Ayam
Pedaging Secara Kontrak sebagai bukti kehadiran dan
dokumen sokongan untuk tuntutan elaun.
5.5. Pengurusan – Kekosongan Jawatan Pengurus Besar
5.5.1. Penemuan
5.5.1.1. Didapati jawatan Pengurus Besar yang masih kekosongan
masih belum diisi. Jawatankuasa Audit Dalaman difahamkan
bahawa bagi membantu menguruskan hal-hal pentadbiran
dan operasi KOJUTA, Anggota Lembaga Pengarah KOJUTA
telah melantik Puan Hidayani binti Hilmi yang berjawatan
Eksekutif Kanan Pentadbiran bagi memangku tugas jawatan
Pengurus Besar, menggalas tanggungjawab tersebut tanpa
meninggalkan tugas hakikinya sementara mendapatkan
seorang calon Pengurus Besar yang berkelayakan.
Manakala, Anggota Lembaga Pengarah KOJUTA pula
mencari peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi
KOJUTA.
5.5.2. Cadangan
5.5.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangan supaya pihak
Anggota Lembaga mencari seorang individu yang
berkelayakan bagi memenuhi jawatan Pengurus Besar agar
perjalanan / operasi koperasi lebih lancar, sistematik dan
tidak membebankan kakitangan lain dengan
tanggungjawab yang diberikan.
6.0. ULASAN DAN CADANGAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN MENGENAI
PENGURUSAN KOJUTA
6.1. Hasil pemeriksaan Jawatankuasa Audit Dalaman mendapati tunai di tangan
telah dibuat dengan kemas dan teratur.
6.2. Jawatankuasa Audit Dalaman mendapati tiada aduan diterima apabila setiap
kakitangan ditanya mengenai suasana ditempat kerja.
7
Laporan Tahunan 2021 48

