Page 47 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 47
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
4.3.2.2. Jawatankuasa Audit Dalaman juga mencadangkan supaya
menyediakan bunting berkaitan Ar-Rahnu KOJUTA untuk
dipamerkan di sekitar perkarangan luar dan dalam premis
Ar-Rahnu sebagai satu hebahan serta bagi tujuan
pemasaran atau promosi kepada pelanggan atau bakal
pelanggan.
4.3.3. Tindakan
4.3.3.1. Berkenaan perkara berkaitan perabut yang agak usang,
melalui hasil kerjasama diantara KOJUTA dan Koperasi
Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad
(KOPUTRA), kontraktor lantikan KOPUTRA sedang
menjalankan proses penilaian kos untuk naiktaraf ruang
pejabat serta peralatan keperluan pejabat yang baharu bagi
satu penjenamaan khas yang sinonim bagi Ar-Rahnu
KOJUTA. Selain itu, bunting juga akan disediakan selaras
dengan penggunaan sistem Ar-Rahnu berkonsepkan
Tawarruq yang bakal dilancarkan.
4.3.3.2. Pihak Ar-Rahnu juga telah meletakkan / memasang
beberapa pelekat dan hiasan tambahan bersempena
sambutan setiap perayaan yang disambut sebagai
penghargaan kepada pelanggan Ar-Rahnu KOJUTA.
4.3.3.3. Kakitangan Ar-Rahnu juga akan senantiasa memperbaiki
kelemahan sedia ada supaya lebih bermotivasi dan
bersemangat dalam menawarkan perkhidmatan yang
terbaik bagi memenuhi kehendak dan harapan para
pelanggan Ar-Rahnu KOJUTA.
5.0. PENEMUAN HASIL PEMERIKSAAN / PENGAUDITAN BUKU-BUKU DAN REKOD-
REKOD TAHUN KEWANGAN TAHUN 2021
5.1. Pinjaman Peralatan
5.1.1. Penemuan
5.1.1.1. Berdasarkan pemerhatian ke atas senarai Penghutang dari
Pinjaman Peralatan Koperasi pada 31 Disember 2021,
didapati terdapat senarai Penghutang yang tidak
mempunyai pergerakan pembayaran sepanjang tahun
semasa sepertimana berikut, iaitu ;
4
Laporan Tahunan 2021 45

