Page 166 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 166
Manual Pengurusan SKDWA 2020
PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS
Berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013,Pendidikan
Khas ertinya pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di suatu sekolah
melaksanakan Program Pendidikan khas atau di sekolah yang Khas Integrasi (PPKI)
atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) pada peringkat pendidikan prasekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah. Dalam
sistem Pendidikan Khas di Malaysia, PPKI merupakan penyumbang utama enrolmen
Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan dilaksanakan di seluruh negara.“ Murid
Berkeperluan Khas ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli
optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan,sama
ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai
ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran,ketidakupayaan
pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana
kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas” .
[Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013].
KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kategori MBK perlu disahkan oleh pengamal atau pakar perubatan sebelum
dibuat penempatan dan pendaftaran Orang Kurang Upaya(OKU). Guru
Pendidikan Khas seharusnya mengenal pasti semua kategori MBK sebagai langkah
awal menyediakan data dan maklumat murid sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran (P&P).Kategori murid boleh dirujuk kepada Buku Garis Panduan
Pendaftaran OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berkuat kuasa pada 1
Julai 2014.
Kategori MBK adalah seperti yang berikut:
i. Ketidakupayaan Penglihatan (BL)
Ketidakupayaan penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami
penglihatan terhad di kedua –dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat
bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.
Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada:
i) Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih
baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau
medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation;
ii) Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan
kurang dari 10 darjah dari fixation;
165

