Page 171 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 171
Manual Pengurusan SKDWA 2020
TEMPOH PERCUBAAN
Berpandukan Warta Kerajaan Persekutuan, 18 Julai (2013-P.U.(A)230) Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 murid mestilah melalui satu tempoh
percubaan yang tidak melebihi tiga bulan di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuankerajaatau sekolah bantuan kerajaan. Apabila tamat tempoh dalam
percubaan itu, pihak sekolah mestilah menyedia dan mengemukakan laporan
tempoh percubaan kepada panel yang terdiri daripada:
i. Pengetua/Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas;
ii. Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri atau Pegawai Jabatan Pendidikan
Daerah; dan
iii.Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Jabatan
Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU).
PERJAWATAN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Program Pendidikan Khas Integrasi layak menerima satu perjawatan Penolong
Kanan Pendidikan Khas di luar norma dengan nisbah berikut:
i. PPKI (rendah) - 4 kelas
ii. PPKI (menengah) - 5 kelas
PENYELARAS PPKI
Penyelaras PPKI dilantik secara dalaman oleh pihak pentadbir sekolah bagi
sekolah yang belum mendapat perjawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas(GPKPK) berpandukan kriteria yang berikut:
i. Kemahiran dan pengetahuan dalam Pendidikan Khas
ii. Daya kepimpinan
iii. Komitmen atau kesungguhan
iv. Kekananan (senioriti)
v. Sokongan daripada guru dan pentadbir sekolah.
GURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Perjawatan Guru Pendidikan Khas adalah dalam norma perjawatan sekolah.Guru
Pendidikan Khas perlu memberi tumpuan kepada tugas-tugas hakiki di
Program Pendidikan Khas, di samping tugas-tugas lain yang ditentukan oleh
pihak pentadbir.
170

