Page 169 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 169
Manual Pengurusan SKDWA 2020
KEMASUKAN MURID
SYARAT KEMASUKAN MURID ARUS PERDANA KE PPKI:
i. Telah mengikuti proses P&P di sekolah.
ii. Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau
pemulihan khas.
iii. Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan
disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau
masalah pembelajaran.(outreach)
iv. Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU.
v. MBK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan
bertulis daripada penyelia PDK.
PROSES KEMASUKAN MURID BAHARU KE PROGRAM PPKI
i. Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan
doktor.
ii. Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
iii. Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN.
iv.Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari
PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang
BPPOKU pindaan 1/2012) yang
dikeluarkan oleh JKM.
(Rujuk Lampiran 5: Borang Permohonan Orang Kurang Upaya - Borang
BPPOKU Pindaan 1/2012)
168

