Page 168 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 168
Manual Pengurusan SKDWA 2020
Tujuan PPKI adalah :
a) Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada MBK.Murid
berkeperluan khas yang baharu akan diberi ujian pengesanan/diagnostik
untuk penempatan kumpulan atau kelas yang sesuai. Pengajaran dan
pembelajaran lebih lebih terancang dan mudah dilaksanakan kepada MBK
berasakan keperluan pembelajaran yang setara dan mudah dikendalikan
mengikut kepakaran guru.Murid berkeperluan khas yang telah melalui proses
diagnostik boleh mengikuti P&P berdasarkan keperluan contohnya
mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan
Khas, mengikuti kurikulum kemahiran, program intervensi atau Program
Pendidikan Inklusif di kelas arus perdana.
b) Mengembangkan potensi murid dengan mencungkil bakat dan minat
murid.Guru membuat penilaian melalui aktiviti-aktiviti P&P yang
bersesuaian dengan bakat dan minat murid.Guru juga perlu berkongsi
dengan ibu bapa tentang bakat dan minat murid yang ditunjukkan di rumah
untuk guru menggabungjalinkan aktiviti P&P dalam bilik darjah.
c) Menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan terkini kepada MBK.
Aktiviti P&P yang sesuai perlu perancangan yang rapi dan mengambil kira
tahap pencapaian, minat dan kebolehan murid. Walaupun secara asasnya
MBK terutama murid masalah pembelajaran belajar melalui pengalaman
seperti memperkenalkan benda-benda maujud terlebih dahulu, tetapi
kaedah P&P menggunakan komputer perlu didedahkan seperti
penggunaan e-bahan, e-pembelajaran dan lain – lain teknologi
komputer terkini mengikut kesesuaian.
d) Meningkatkan kemahiran bersosial MBK bersama murid arus
perdana.Murid berkeperluan khas perlu diintegrasikan secara terancang
bersama-sama murid arus perdana,contohnya di kantin, tempat
perhimpunan, tempat rehat, bilik sumber dan dalam aktiviti atau
program sekolah.Buddy System boleh diamalkan untuk peringkat
permulaan sosial. Murid berkeperluan khas boleh digandingkan dengan
murid arus perdana melalui pelbagai aktiviti seperti lawatan sambil belajar,
berkhemah dan lain-lain aktiviti luar yang sesuai.Guru boleh melaksankan
Program Inklusif melalui kokurikulum di sekolah dengan melibatkan
penyertaan MBK bersama-sama murid arus perdana, contohnya dalam
aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan.
167

