Page 167 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 167

Manual Pengurusan SKDWA  2020


               iii)  Buta  sebelah  mata  bermaksud  hanya  sebelah  mata  sahaja  berfungsi  dengan
               sempurna  dan  sebelah  lagi penglihatan  kurang  daripada  3/60  atau  kurang  dari  20
               darjah dari fixation  bermaksud buta. (Rujuk Lampiran 1: Pendaftaran OKU bagi
               Kes Buta Sebelah Mata)



               ii. Masalah Pembelajaran (BP)
               Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan
               cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.Masalah
               pembelajaran  merupakan  kecelaruan  dalam  satu  atau  lebih  daripada  satu  proses
               psikologi  yang  melibatkan  kefahaman,  penggunaan  bahasa  lisan  atau  bertulis.
               Kecelaruan  ini  boleh  menjejaskan  keupayaan  mendengar,  berfikir,  bertutur,
               membaca,  menulis,  mengeja  atau  mengira.  Masalah  pembelajaran  termasuklah
               masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi,kemahiran motor dan
               koordinasi serta hiperaktif.

               Kategori murid-murid masalah pembelajaran seperti :
                  i)     Disleksia
                  ii)    Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD),
                  iii)   Slow Learner
                  iv)    Autisme
                  v)     Sindrom Down
                  vi)    Terencat akal ringan


               iii. Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
               Ketidakupayaan pelbagai adalah kombinasi ketidakupayaan seperti yang berikut:

                   i)     Masalah pembelajaran
                   ii)    Ketidakupayaan pendengaran
                   iii)   Ketidakupayaan penglihatan
                   iv)    Ketidakupayaan fizikal
                   v)     ketidakupayaan - pertuturan.



                      PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
                                                  INTEGRASI (PPKI)

               Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu program pendidikan khas yang khusus
               untuk MBK yang belajar di dalam kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah
               kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan.
               [Rujuk Lampiran 2: Peraturan-peraturan Pendidikan(Pendidikan Khas) 2013.



                  166
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172