Page 178 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 178
Manual Pengurusan SKDWA 2020
v. Pelaksanaan ini mestilah melibatkan penyertaan semua guru. Penyertaan
semua guru perlu bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
di sekolah sebagaimana Subperkara 5.2, Surat Pekeliling Bil. 1/1985. Ikhtisas
vi. Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan
dengan itu, kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.(Rujuk
Lampiran 27, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985: Penubuhan Jawatankuasa
Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat)
vii. Keselamatan MBK perlu diambil kira dan diutamakan. Pihak sekolah diminta
untuk merujuk kepada semua pekeliling berkenaan keselamatan agar sebarang
kecelakaan dapat dielak sebagaimana Subperkara 9, Ikhtisas Bil. 4/1985.Surat
Pekeliling
viii. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan melalui penglibatan dan
kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat sebagaimana Subperkara 5.2.3,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985
ix. Mana-mana PPKI yang mempunyai bilangan murid 25 orang ke atas,
pengetua/guru besar Induk bagi hendaklah menubuhkan
JawatankuasaKokurikulum PPKI di setiap PPKI memudahkan proses
pemantauan, penilaian dan kecemerlangan aktiviti kokurikulum pendidikan khas di
sekolah.
PERUNTUKAN MASA
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2007: Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah sekolah Rendah dan Menengah telah memperuntukkan
waktu minimum perlu dipatuhi
Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah.
a)Tahun 3 dan 4 (60 minit seminggu)
b)Tahun 5 dan 6 (120 minit seminggu)
ii. Kehadiran minimum setahun yang berasaskan kepada jumlah minggu
persekolahan dalam setahun adalah seperti yang berikut:
Bidang Kokurikulum Kehadiran Minimum Rendah
Kelab/Persatuan 12 Kali
Sukan/Permainan 12 Kali
Pasukan 12 Kali
BadanBeruniform
177

