Page 179 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 179

Manual Pengurusan SKDWA  2020





               BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

               i. Laporan mestilah ditulis oleh murid setiap kali perjumpaan diadakan dan disahkan
               oleh guru penasihat.
               ii. Buku laporan mesti dihantar ke pejabat setiap minggu untuk disemak oleh pihak
               pentadbir.
               iii. Guru penasihat bertanggungjawab mengemukakan buku laporan apabila diminta


                BUKU REKOD PENILAIAN MURID

               i.  Pihak  sekolah  perlu  memastikan  semua  murid  mempunyai  buku  rekod  penilaian
               pada awal tahun.
               ii.  Guru  penasihat  perlu  mengumpul  dan  menandatangani  kehadiran  murid  dalam
               buku ini setiap kali mengadakan perjumpaan.
               iii.  Bagi  murid-murid  di  PPKI  buku  penilaian  boleh  disimpan  oleh  guru  penasihat
               selepas tamat aktiviti


               PENGECUALIAN

               i.  Subperkara  7,  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil.  1/1985  telah  menggariskan
               pengecualian  untuk  murid  menyertai  aktiviti  kokurikulum  sekiranya  wujud  keadaan
               yang berikut:

               a) Kes-kes perubatan – murid-murid yang telah disahkan oleh pakar perubatan
               seperti  menghidap  sakit  jantung,  lelah  dan  lain-lain  penyakit  yang  boleh
               membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian.

               ii.Kecacatan
               a)MBK yang mempunyai anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka
               jika mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.  Namun seandainya kecacatan
               mereka tidak menjadi penghalang, MBK tersebut hendaklah digalakkan mengambil
               bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mereka.










                  178
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184