Page 181 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 181
Manual Pengurusan SKDWA 2020
xi. Mengendalikan aduan ibu bapa murid PPKI;
xii. Memastikan semua guru, PPM dan murid PPKI berada di perhimpunan
mingguan/rasmi (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid PPKI);
xiii. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan bertukar sekolah
diserah kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa ke sekolah yang berkenaan;
xiv. Takwim dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) hendaklah disediakan pada awal
tahun;
xv. Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk JPN/PPD, Unit Pendidikan
Khas JPN dan agensi berkaitan;
xvi. Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada akhir tahun disediakan dan
dihantar ke PPD dan Unit Pendidikan Khas JPN;
xvii. Memastikan data dan permohonan berkaitan PPKI dilaksanakan seperti EMK,
APDM/EMIS/SPS, , SMM, PBS/PBD PPKI, dan lain-lain;
xviii. Bertanggungjawab kepada bidang tugas PPM;
xix. Mencalonkan nama guru-guru Pendidikan Khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan PPKI kepada Unit Pendidikan Khas JPN untuk dihantar berkursus.
PENGURUSAN KOKURIKULUM
i. Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut
Peraturan (4) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21,Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh
21 Mei1998.
ii. Menyusun, menyelaras dan memantau kegiatan kokurikulum PPKI di sekolah
takwim melalui perbincangan dengan guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
dengan memilih aktiiviti yang bersesuaian.
iii. Menubuhkan jawatankuasa kokurikukum PPKI.
iv. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus (ABM) kokurikulum PPKI.
v. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum diambil.
vi. Mengenal pasti keupayaan guru Pendidikan Khas dan potensi/bakat MBK dalam
kokurikulum.
vii. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan
mematuhiPeraturan (Melancong) Sekolah 1957.
viii. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti hari kokurikulum
sekolah).
ix. Menyelaras pembahagian MBK ke dalam kegiatan kokurikulum pencapaian serta
meningkatkan tahap.
x. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
xi. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung
dengan kokurikulum.
180

