Page 182 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 182
Manual Pengurusan SKDWA 2020
xii. Membentangkan perancangan aktiviti kokurikulum PPKI dalam mesyuarat
jawatankuasa kokurikulum sekolah.
xiii. Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid MBK selepas peperiksaan dan
semasa cuti sekolah.
xiv. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh pengetua/guru
besar dari semasa ke semasa.
xv. Memantau setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh MBK.
xvi. Memastikan semua guru penasihat penilaian dan mengisi buku/borang mengikut
masa yang telah ditetapkan.
xvii. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh
pengetua/guru besar dari semasa ke semasa.
PENGURUSAN KEWANGAN
i. Membuat ABM bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
Pendidikan Khas;
ii. Bertanggungjawab menguruskan kewangan PPKI;
iii. Memastikan semua guru Pendidikan Khas menerima elaun insentif mengajar
kanak-kanak cacat (BIMKC)
iv. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat
pertambahan,bilangan murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa);
v. Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklum
serta memastikan tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segera;
vi. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur sedia ada.
vii. Memastikan guru kelas PPKI mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan
persekolahan dan menerima buku resit daripada pengetua/guru besar sebelum
membuat kutipan.
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
i. Memastikan pencerapan P&Pguru di kelas PPKI dilaksanakan dari semasa ke
semasa;
ii. Memastikan pengurusan Jadual Waktu Guru Pendidikan Khas disahkan oleh
pengetua/guru besar.
iii. Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah.
iv. Memastikan guru Pendidikan Khas memberi keutamaan dalam pelaksanaan P&P
serta aktiviti berkaitan PPKI.
iv. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru Pendidikan Khas untuk
menyediakan jadual waktu sebelum bermula sesi persekolahan tahun
semasa.
181

