Page 174 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 174

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                                            PENGURUSAN KURIKULUM


               PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

               i. Sebelum memulakan sesi P&P, guru perlu mengenal pasti tahap pencapaian murid
               melalui:

                   - Melaksanakan  ujian  pengesanan  ke  atas  MBK  yang  baharu  memasuki  PPKI
                      untuk  mengenal pasti pencapaian tahap murid.
                   - Menggunakan        instrumen-instrumen       yang      sesuai     dijadikan     ujian
                      pengesanan/diagnostik secara lisan, bertulis atau pemerhatian.

               ii.  Guru  boleh  menyediakan  kumpulan  atau  kelas  pembelajaran  murid  mengikut
               pencapaian murid, berdasarkan ujian pengesanan/diagnostik tersebut.

               iii. Guru perlu menempatkan murid ke Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekiranya
               memenuhi syarat-syarat kemasukan PPI seperti mana yang terkandung dalam Garis
               Panduan Program Pendidikan Inklusif MBK, BPKhas 2018.


               RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

               i) Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pendidikan(Pendidikan Khas) 2013;
                “Rancangan  Pendidikan  Individu  (RPI)  ertinya  suatu  rekod  yang  mengandungi
               butiran  sebagai  mana  yang  ditentukan  oleh  Ketua  Pendaftar  yang  menyatakan
               tentang  rancangan  pendidikan  bagi  setiap  MBK”.Rujuk  Peraturan-peraturan
               Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

               ii)  RPI  dibentuk  berasakan  keperluan  murid.  Instrumen  pengesanan  atau  ujian
               diagnostik  dijadikan  rujukan  dan  panduan.  RPI  perlu  dipersetujui  dan
               ditandatangani  ibubapa/penjaga.  Kumpulan  multidisiplinari  seperti  pegawai  3PK,
               audiologis, psikologi, jurupulih, dan terapi cara kerja daripada Kementerian Kesihatan
               Malaysia (KKM) diperlukan dalam membuat cadangan serta boleh bekerjasama atau
               membantu  dalam  pelaksanaan  RPI;  Punca  kuasa  RPI  adalah  daripada  Surat
               Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2004.

                 “Bagi  memastikan  keberkesanan  pelaksanaan  kurikulum  ini,  Rancangan
               Pendidikan Individu (RPI)  setiap murid hendaklah disediakan”.Surat Pekeliling
               Ikhtisas     Bil.7/2004     (Lampiran      23,    Surat     Pekeliling    Ikhtisas     Bil.
               7/2004:Pelaksanaan  Kurikulum  Pendidikan  Khas  Bermasalah  Pembelajaran
               Sekolah  Rendah  dan  Sekolah  Menengah,  Rujukan  KP(BS)  8  591/Jld.XVII  (7)
               bertarikh 27 September 2004).




                  173
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179