Page 24 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 24
Manual Pengurusan SKDWA 2020
6.3 Cuti Sakit
Sekiranya anda mengambil cuti sakit dari klinik swasta 2 hari berturut -turut
dan lebih dari 14 hari setahun, anda dikehendaki mendapatkan pengesahan
dari hospital kerajaan.
6.4 Permohonan Cuti Tanpa Rekod, Separuh Gaji atau Tanpa Gaji
Permohonan cuti tanpa rekod, separuh gaji atau tanpa gaji kerana urusan–
urusan tertentu hendaklah dibincangkan terlebih dahulu dengan guru besar
sebelum permohonan dibuat kepada Pengarah Pendidikan melalui guru
besar selewat–lewatnya seminggu dari tarikh cuti dipohon kecuali dalam
keadaan–keadaan mendesak.
6.5 Cuti Rehat Khas
Cuti Rehat Khas atas alasan yang tertentu mengikut Pekeliling SPP.
KP.BIL.2/80 dan tertakluk kepada budi bicara guru besar. Cuti Sambilan
adalah satu kemudahan dan bukan hak guru. Jikalau cuti sambilan
diperlukan, guru terlibat mestilah membincangkan dengan guru besar
terlebih dahulu dan memohonnya beberapa hari sebelum tarikh yang
diperlukan.
7. URUSAN DENGAN PEJABAT SEKOLAH
7.1 Penggunaan telefon sekolah oleh guru – guru hanya dibenarkan bagi urusan
rasmi sahaja (catat dalam buku panggilan telefon). Penggunaan telefon
sekolah kerana urusan peribadi tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan
mendesak.
7.2 Guru – guru adalah dinasihatkan meminta kebenaran terlebih dahulu
sebelum mengambil sebarang dokumen seperti Buku Persediaan, borang –
borang dan lain – lain lagi untuk mengelak dari kehilangan.
7.3 Guru –guru juga dikehendaki mengembalikan sebarang alatan yang
dipinjam dari pejabat. Borang pinjaman peralatan perlu diisi bagi tujuan
pinjaman/pemulangan.
8. PERHUBUNGAN SESAMA GURU / RAKAN SETUGAS
8.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesion yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga
diharapkan agar dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
8.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman
/ pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar ataupun staf
sokongan sekolah yang lain.
23

