Page 28 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 28
Manual Pengurusan SKDWA 2020
19. KEBERSIHAN
19.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan
dengan selamat.
19.2 Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk
menjaga bilik tersebut.
19.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf
sokongan dan murid.
20. SURAT MENYURAT
20.1 Semua surat rasmi hendaklah ditandatangani oleh guru besar dan
dikirimkan melalui guru besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
21. SURAT YANG DITERIMA
21.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.
21.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada guru besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
21.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru besar dan guru besar mengedarkannya
untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
21.3.1. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada
dalam simpanannya
21.3.2. Mengambil tindakan yang diperlukan
21.3.3. Memulangkan semula fail itu ke pejabat
22. TUGAS GURU GANTI
22.1 Tugas Guru Ganti (relief work) dibuat pada setiap hari apabila guru – guru
tidak hadir kerana sebab-sebab kesihatan.
22.2 Selain itu, tugas guru ganti rasmi akan dibuat bagi guru-guru yang perlu
menghadiri mesyuarat-mesyuarat bagi pihak sekolah atau menjalankan
tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari
JPN/KPM seperti yang diwajibkan dalam Perintah Am dan Pekeliling -
Pekeliling Perkhidmatan.
22.3 Tugas Guru Ganti adalah rasmi. Guru yang diarahkan untuk melaksanakan
tugas ganti adalah WAJIB dilaksanakan.
27

