Page 60 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 60

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                              TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING



               1. Inventori Individu Dan Rekod

                   1.1 Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang murid.
                   1.2 Bertanggungjawab  mengumpul  dan  merekodkan  butiran-butiran  berkait
                      dengan penilaian dan pentafsiran minat murid.
                   1.3 Mengawas perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan
                      kaunseling.
                   1.4 Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod murid.
                   1.5 Memberi  maklumat  objektif  mengenai  pencapaian,  kemajuan  dan  prestasi
                      pembelajaran murid bermasalah untuk tujuan pemulihan.
                   1.6 Menjalankan  dan  memberi  pentafsiran  atau  kaji  selidik  yang  difikirkan  perlu
                      atau berguna untuk membantu perkembangan diri murid.


               2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat

                   2.1 Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, latihan dan pelajaran
                      kepada murid, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari
                      kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
                   2.2 Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,
                      pelajaran, sosial dan peribadi.
                   2.3 Memberi  maklumat  dan  penerangan  tentang  pentingnya  mengisi  borang
                      permohonan dengan tepat.
                   2.4 Mengelola  lawatan  terancang  kerjaya  /  pelajaran  ke  pusat  perusahaan,
                      Institusi  Pendidikan,  Institusi  Pengajian  Tinggi,  Sekolah  Berasrama  Penuh,
                      Maktab Rendah Sains Mara dan lain-lain.
                   2.5 Memberi  maklumat  mengenai  kerjaya  dan  lain-lain  pertolongan  yang
                      diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
                   2.6 Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
                      merokok dan inhalen.


               3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

                   3.1 Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan
                      tunjuk  ajar  (instructional)  yang  boleh  menggalakkan  perkembangan  konsep
                      kendiri, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral/agama murid.
                   3.2 Mengadakan  bimbingan  dan  kaunseling  kelompok  atau  bimbingan  dan
                      kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu
                      kelompok  tertentu,  misalnya  masalah  disiplin,  masalah  peribadi,  masalah
                      sosial  dan  lain-lain  topik  seperti  yang  dicadangkan  oleh  murid-murid  dari
                      semasa ke semasa.


                   59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65