Page 61 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 61

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                   3.3 Membantu  murid  memilih  aktiviti  kokurikulum  serta  jenis  sukan  yang
                      bersesuaian dengan minat dan bakat masing-masing.
                   3.4 Menubuh  dan  melatih  pasukan  Pembimbing  Rakan  Sebaya  dan  menyelia
                      aktiviti mereka.


               4. Perkhidmatan Kaunseling

                      4.1 Kaunseling dengan murid secara individu atau kelompok mengenai:
                      4.2 Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
                      4.3 Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
                      4.4 Kerjaya, murid dan peribadi.
                      4.5 Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
                      4.6 Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk
                          dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.
                      4.7 Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling
                          boleh mengendalikannya.
                      4.8 Kaunseling  tunjuk  ajar  --  Guru  bimbingan  dan  kaunseling  mengadakan
                          kelas  untuk  mengajar  perkara-perkara  berkait  dengan  penilaian  kendiri,
                          penjelasan  nilai,  kemahiran-kemahiran  berkomunikasi,  menghadapi
                          masalah,  membuat  keputusan  dan  menghindar  diri  dari  tercebur  dalam
                          penggunaan dadah, rokok dan inhalen.


               5. Perkhidmatan Penempatan

                      5.1 Membantu  murid  memilih  aktiviti  ko-kurikulum  berdasarkan  kebolehan,
                          minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
                      5.2 Penempatan pekerjaan:
                      5.3 Menjadi  penyelaras  menempatkan  murid  mengikuti  program  yang
                          bersesuaian.
                      5.4 Membantu  menempatkan  murid  sekolah  menengah  untuk  memasuki
                          institusi-institusi pekerjaan.


               6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

                   6.1 Mengadakan  bimbingan  dan  kaunseling  individu  atau  kelompok  atau
                      kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai
                      membenci dadah dan inhalen.
                   6.2 Memberi  bantuan  atau  pertolongan  kepada  murid  untuk  mendapatkan
                      bantuan pemulihan dan rawatan.
                   6.3 Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Jabatan
                      Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah (5 Minit Anti Dadah)
                      diperingkat sekolah.


                   60
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66