Page 62 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 62

Manual Pengurusan SKDWA  2020




               7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

                   7.1 Membantu  bekas  murid  sekolah  berkenaan  dalam  hal  berkait  dengan  soal
                      peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
                   7.2 Membantu  pihak  pentadbir  dan  staf  sekolah  dalam  memahami  dengan
                      mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
                   7.3 Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan murid.
                   7.4 Berunding  dan  berbincang  dengan  staf  sekolah  tentang  cara-cara  untuk
                      meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
                   7.5 Merancang  bersama  dengan  guru-guru  tentang  cara  yang  paling  berkesan
                      sekali untuk mengawasi kemajuan murid.
                   7.6 Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti
                      penagihan dadah, rokok dan murid berkeperluan khas kepada agensi-agensi
                      atau  pakar-pakar  seperti  doktor,  pakar  kanak-kanak,  pakar  jiwa,  pegawai
                      kebajikan masyarakat dan sebagainya.


               8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

                   8.1 Penyelaras  bagi  aktiviti-aktiviti  berhubung  dengan  kebajikan  murid  di  antara
                      sekolah dengan agensi lain.
                   8.2 Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
                   8.3 Penyelaras  bagi  penglibatan  majikan,  agensi  kebajikan  dan  orang-orang
                      kenamaan dan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
                   8.4 Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi
                      aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.


               9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

                   9.1 Mengadakan  hubungan  dengan  penjaga  murid  untuk  bersama  mengawasi
                      kemajuan murid terutamanya dalam pelajaran.
                   9.2 Mengubungi  ibu  bapa  atau  penjaga  apabila  kemajuan  murid  tidak
                      memuaskan.
                   9.3 Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid dan ibu bapa murid baru.
                   9.4 Bekerjasama  dengan  ibu  bapa  atau  penjaga  dalam  mewujudkan  disiplin  di
                      kalangan murid.
                   9.5 Mengadakan  kaunseling  keluarga  jika  dikenal  pasti  bahawa  masalah  yang
                      dihadapi murid berpunca daripada keluarga.







                   61
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67