Page 82 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 82
Manual Pengurusan SKDWA 2020
15. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
15.1 Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mula diperkenalkan pada
tahun 2017.
15.2 Empat elemen terkandung dalam PPSR iaitu
Pentaksiran Pusat – UPSR dan PASR
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Psikometrik
PAJSK – SEGAK
16.0 PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN
16.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada tiga (3) orang murid
bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.
16.2 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada murid yang
mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.
16.3 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada murid yang menunjukkan
peningkatan prestasi yang memberangsangkan.
16.4 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada murid yang mencapai
pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan.
16.5 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada murid yang aktif
dalam aktiviti persatuan dan beruniform.
16.6 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada murid atau pasukan
yang mencapai tahap tertinggi (peringkat negeri atau kebangsaan).
16.7 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada murid yang mempunyai
kriteria berikut :-
Disiplin yang tinggi
Berbudi Bahasa
Rajin ke sekolah
Berketrampilan sebagai pemimpin
16.8 Anugerah Khas diberikan kepada setiap murid yang memperolehi keputusan
Cemerlang dalam Peperiksaan Awam (UPSR).
81

