Page 81 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 81

Manual Pengurusan SKDWA  2020


               12.0  PEMANTAUAN / PENCERAPAN

               12.1  Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

               12.2  PdPc guru akan dicerap tiga (3) kali dalam setahun secara rasmi dan 1 kali
                      dalam Pencerapan Kendiri.

               12.3  Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.

               12.4  Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.

               12.5  Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
                      untuk dicerap.

               12.6  Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.


               13.0  BILIK-BILIK KHAS

               13.1  Semua  bilik-bilik  khas  mesti  diurus  dengan  sempurna  oleh  guru-guru  yang
                      bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.

               13.2  Rekod  penggunaan  dan  peraturan  penggunaan  bilik  khas  serta  arahan
                      keselamatan  dan  prosuder  keselamatan  perlu  disediakan  dan  dilekatkan  di
                      bilik khas.

               13.3  Bilik-bilik khas  hendaklah  sentiasa  berada  di dalam  keadaan  yang  kondusif,
                      selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.


               14.0  PERKEMBANGAN STAF

               14.1  Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat kepada Guru
                      Besar  dan  Penolong  Kanan  Pentadbiran  apabila  pulang  berkursus  dengan
                      menggunakan format Minit Curai.

               14.2  Kursus  dalaman  akan  dianjurkan  oleh  guru  berkenaan  mengikut  keperluan
                      dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan.

               14.3  Bahan-bahan  semasa  berkursus  perlu  difailkan  dalam  fail  panitia  untuk
                      rujukan.

               14.4  Kursus Perkembangan Staf akan dilaksanakan berdasarkan  keperluan kursus
                      dalam LNPT guru.


                   80
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86