Page 80 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 80

Manual Pengurusan SKDWA  2020


               9.2    Tambahan  waktu  setiap  mata  pelajaran  dibolehkan  mengikut  keperluan
                      sekolah  dengan  persetujuan  mesyuarat  Kurikulum  dan  dilaksanakan  di  luar
                      jadual waktu rasmi.

               9.3    Dasar  pengagihan  mata  pelajaran  –  keutamaan  kepada  guru  opsyen  dan
                      kepakaran guru.

               9.4    Jumlah  waktu  pengajaran  maksima  guru  ialah  30  waktu  seminggu  tidak
                      termasuk  perhimpunan  dan  bergantung  kepada  pengisian  waran  layak  bagi
                      tahun semasa.

               10.0  GURU GANTI

               10.1  Guru  yang  CRK  /  Cuti  Sakit  /  berkursus  perlu  memaklumkan  kepada  Guru
                      Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir  serta
                      mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf / Sistem Keberadaan
                      Guru.

               10.2  Guru  yang  dipanggil  berkursus  dengan  surat  panggilan  diterima  awal
                      digalakkan menjual jadual waktu kepada guru-guru lain.

               10.3  Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.

               10.4  Penyediaan  Guru  Ganti  disediakan  dan  direkod  oleh  Penolong  Kanan  /
                      Penyelaras Jadual Ganti.


               11.0  WAKTU PERSEKOLAHAN

               TAHAP 1
               Isnin – Khamis        :      7.40 pagi  - 1.10 petang
               Jumaat                :      7.40 pagi – 12.10 tengah hari

               TAHAP 2
               Isnin-Khamis          :      7.40 pagi – 1.40 petang
               Rabu                  :      2.00 petang – 4.00 petang
               Jumaat                :      7.40 pagi – 12.10 tengah hari

               *  Waktu  boleh  berubah  mengikut  keperluan  atau  situasi  semasa  dan  akta  /
               pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa semasa.





                   79
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85